Monday, December 6, 2010

Mahasiswa

salam dan sejahtera kepada semua pembaca,

hari ini aku mahu menulis tentang suatu isu yang cukup dekat denganku, tentang students a.k.a mahasiswa a.k.a penuntut IPT,

kalau kita bercakap tentang mahasiswa ni tentu sekali kita akan membayangkan pelajar2 di peringkat tinggi seperti universiti, politeknik, institut kemahiran dsb. the thing is, kalau sudah berada di peringkat tinggi seharusnya tahap intelektual mereka juga tinggi, sebab itu mereka dapat masuk ke institut pengajian tinggi. sebab kalau tahap pendidikan tidak tinggi, maka mereka tidak akan diterima masuk ke IPT.

ok, we have establish the fact that budak2 u ini pandai2.. atau sekurang-kurangnya berakal. maka, jika berakal, seharusnya akal itu dapat digunakan dengan baik, atau penggunaan akal itu seharusnya pada kadar yang baik atau sekurang-kurangnya tahu menggunakan akal.

namun begitu, berdasarkan pemerhatian aku, nampaknya akal ini tidak digunakan dengan baik oleh pelajar IPT, baiklah kita menjurus kepada tempat aku bertugas. umum mengetahui bahawa aku pendidik di sebuah politeknik, namun aku kira senarionya sama sahaja di mana2 institut pendidikan tidak kiralah politeknik atau universiti.

apa yang aku lihat, dari aspek sahsiah terutamanya, most mahasiswa rasa diri mereka hebat, bagus, terrerr dan semua yang sewaktu dengannya sebab itu ada sebilangan besar yang boleh budget macamlah mereka itu boss dan boleh mengarah-arah orang lain sesuka hati.tolonglah sedar ruang, anda di IPT untuk belajar dan untuk menimba ilmu, bukan untuk berlagak dengan org kampung bahawa anda seorang penuntut IPT. malulah pada org kampung yang menampung pengajian anda (sebb anda bayar yuran sikit je yang lain dibayar oleh pembayar cukai which is org2 kampung anda). so plz behave mcm pelajar IPT.

janganlah datang dengan fikiran bahawa anda hebat n anda lebih baik dr org lain, u r nothing as compared to the rest of the world. kalau dengan attitude begitu, anda mungkin jauh lebih rendah tarafnya dari manusia2 lain.

untuk semua pelajar IPT, saya tulis ini dengan perasaan yang bercampur baur, saya mahu pelajar IPT sedar ruang, sedar matlamat n sedar tujuan. jangan ingat hidup ini hanya tentang anda dan anda seorang. fikirlah tentang org lain dan persekitaran..

tak perlu nak budget2 n rasa diri bagus. sebb tiada apa yang membezakan diri kita di mata pencipta kecuali dengan takwa. sehebat mana pun anda (atau sehebat mana pun anda rasa diri anda), at the end of the day... nothing will last forever...

ok la.. cukuplah bebelan aku utk hari ini..


perlu juga diingat bahawa setiap apa yang ditulis di blog ini sekarang, sbelum dan selepas ini semuanya adalah pendapat peribadi aku. so, feel free to comment either u like it or not i dont care, i just write what i feel like writing..

adios

4 comments:

Otit said...

Welcome back to the blogsphere!

Cahaya Mataku said...

thanks, dah sedar dah sekarang (dulu kurang sedar). thanks org kg coz tlg bayarkan duit pengajian!

SyamDY De Sabahan said...

er... er.. err..

1. napa bila saya baca post ni tetiba tune bacaan saya bertukar mcm cara abg bercakap... hahahaha..
2. minta maaf klu saya x layak bergelar pelajar IPT... (kayu ukur=pemikiran)
3. happy befday... (^_^)

Cik Mus said...

mahu entri baru :)