Setiap kali aku menatap cermin,
Semua sejarah silam muncul berlegar di ruang minda,
Mata ini tidak pernah menipu,
Cuma hati gagal mentafsir,
Jiwa ini sarat,
Bagai sudah tidak tertanggung lagi,
Namun persoalan yang sama timbul,
Aku Bukan Muda Lagi,
Benarlah manusia tidak boleh lari dari fitrah,
Aku masih lagi menatap cermin,
Semua yang ada akhirnya akan pergi,
Begitu juga dengan segala apa yang sedang aku perhatikan sekarang,
Aku pohon kesabaran buat diriku,
Akan aku pujuk hati ini agar jiwa tenang,
Suatu hari nanti,
Akan tiba masanya untuk aku,
Aku percaya akan itu,
Saban hari aku menatap cermin,
Mencari siapa diri ini,
Melihat setiap inci,
Akal mentafsir,
Tapi seringkali juga akal menurut kata hati,
Benarkah itu,
Mengapa kebenaran itu sukar dan pahit?
Nasihat untuk aku,
Didiklah hati dan jiwa,
Kerana apa yang telah ditentukan,
Pastinya yang terbaik....
-----------------
kuala lumpur
2 comments:
sElAmAT mEnyAmbUt bUlAn rAmAdhAn =)
ko dah tua ke??
aku sentiasa rasa muda..hehehe
Post a Comment